Mari Kita renungkan

Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).

Kata-kata Hikmah

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

VISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MENJADI PENERAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA YANG TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH MENJELANG TAHUN 2010

MISI

UNTUK MEREALISASIKAN VISI, KAMI AKAN MEMASTIKAN MISI BERIKUT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA:

• MENGURUSKAN PROGRAM DAN AKTIVITI KAUNSELING DENGAN CEKAP DAN BERKESAN.

• MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEPINTARAN EMOSI (EQ) YANG TINGGI DAN BERAKHLAK MULIA.

• MEMBIMBING PELAJAR KE ARAH MENCAPAI PRESTASI YANG TINGGI DALAM AKADEMIK.

• MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG MEMBERANGSANGKAN MELALUI PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

• MEMBERIKAN PENDIDIKAN KERJAYA BERSEPADU KEPADA PELAJAR.

• MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN KUALITI KEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR.



Guru Besar SK Seafield - Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan

Guru Besar SK Seafield - Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Pagi - Pn Hjh Norazlina bt Abdul Kadir

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Pagi - Pn Hjh Norazlina bt Abdul Kadir

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang - Pn Hjh Noraziah Awang Nong

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang - Pn Hjh Noraziah Awang Nong

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN

Posted by Zaidi Sunday, April 25, 2010

1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada klien individu atau klien kelompok.

2. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.

4. Semasa menjalankan sesi kaunseling,kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan sendiri yang dibuat oleh klien.

6. Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecakapan profesionalismenya.

7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun.

8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor yang lain.

14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.

0 comments

Post a Comment

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEAFIELD

Marquee

Masa itu emas

Hari ini lebih baik dari semalam

ONLINE SEKARANG

a href="http://bebj.com">bebj.com - free visitors info widget my country

About Me

Followers