Mari Kita renungkan

Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).

Kata-kata Hikmah

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

VISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MENJADI PENERAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA YANG TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH MENJELANG TAHUN 2010

MISI

UNTUK MEREALISASIKAN VISI, KAMI AKAN MEMASTIKAN MISI BERIKUT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA:

• MENGURUSKAN PROGRAM DAN AKTIVITI KAUNSELING DENGAN CEKAP DAN BERKESAN.

• MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEPINTARAN EMOSI (EQ) YANG TINGGI DAN BERAKHLAK MULIA.

• MEMBIMBING PELAJAR KE ARAH MENCAPAI PRESTASI YANG TINGGI DALAM AKADEMIK.

• MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG MEMBERANGSANGKAN MELALUI PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

• MEMBERIKAN PENDIDIKAN KERJAYA BERSEPADU KEPADA PELAJAR.

• MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN KUALITI KEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR.



Guru Besar SK Seafield - Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan

Guru Besar SK Seafield - Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Pagi - Pn Hjh Norazlina bt Abdul Kadir

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Pagi - Pn Hjh Norazlina bt Abdul Kadir

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang - Pn Hjh Noraziah Awang Nong

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang - Pn Hjh Noraziah Awang Nong

KAUNSELING SEKOLAH

Posted by Zaidi Sunday, April 25, 2010

KOD ETIKA

1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion am serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenal tata laku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri dan keunikan individu termasuk hak-hak serta peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimum.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang Iebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.

3. Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

KOD TATALAKU KAUNSELOR

1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.

2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).

0 comments

Post a Comment

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEAFIELD

Marquee

Masa itu emas

Hari ini lebih baik dari semalam

ONLINE SEKARANG

a href="http://bebj.com">bebj.com - free visitors info widget my country

About Me

Followers