Mari Kita renungkan

Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).

Kata-kata Hikmah

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

VISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MENJADI PENERAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA YANG TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH MENJELANG TAHUN 2010

MISI

UNTUK MEREALISASIKAN VISI, KAMI AKAN MEMASTIKAN MISI BERIKUT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA:

• MENGURUSKAN PROGRAM DAN AKTIVITI KAUNSELING DENGAN CEKAP DAN BERKESAN.

• MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEPINTARAN EMOSI (EQ) YANG TINGGI DAN BERAKHLAK MULIA.

• MEMBIMBING PELAJAR KE ARAH MENCAPAI PRESTASI YANG TINGGI DALAM AKADEMIK.

• MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG MEMBERANGSANGKAN MELALUI PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

• MEMBERIKAN PENDIDIKAN KERJAYA BERSEPADU KEPADA PELAJAR.

• MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN KUALITI KEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR.



Guru Besar SK Seafield - Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan

Guru Besar SK Seafield - Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Pagi - Pn Hjh Norazlina bt Abdul Kadir

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Pagi - Pn Hjh Norazlina bt Abdul Kadir

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang - Pn Hjh Noraziah Awang Nong

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang - Pn Hjh Noraziah Awang Nong

Latihan Dalam Perkhidmatan 2009

Posted by Zaidi Sunday, April 25, 2010 0 comments

Barisan pentadbir terdiri daripada Pn Rosnah PK Petang, Pn Too Lee Eng Penolong Kanan, Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan Guru Besar turut serta dalam Latihan dalam perkhidmatan yang telah dijalankan.

Guru-guru tekun mendengar sambil mengaplikasikan menggunakan komputer sewaktu slot kemahiran IT.

Tekun serta ingin mencuba guru-guru yang menyertai kursus tersebut.


Berusaha sendiri serta mencuba agar ilmu yang diajar dapat diingat dan boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

| edit post


Sudut Pencegahan Anti Dadah yang dibuat dengan kerjasama Jawatankuasa Anti Dadah SK Seafield

Sudut di bawah tangga antara Blog A dan Blog B yang memuatkan pelbagai maklumat tentang dadah

Pelbagai hasil nukilan murid yang dilekatkan setelah pertandingan melukis poster anti dadah dijalankan. Hasil nukilan yang tercantik dipamerkan.

Poster-poster digantung seperti suasana pilihanraya. Ini bagi meningkatkan kesedaran bahaya dadah jika didekati.

Poster-poster digantung di kawasan meletak basikal murid-murid dan tempat menunggu ibubapa berdekatan pintu masuk sekolah.

Jawatankuasa Antidadah bersama-sama bergotong royong menghias sudut Anti dadah. Sudut ini terletak antara Blok A dan blok B di hadapan kelas 1 Usaha.


Sijil perasmian program pencegahan antidadah yang telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan


Banner Hidup Cemerlang tanpa Dadah.



| edit post

PENGENALAN

Posted by Zaidi 0 comments

Unit ini menawarkan perkhidmatannya dalam pelbagai bidang dan tanggungjawab yang meliputi bidang akademik,kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan masalah pelajar. Perkhidmatan UBK ini dibuka kepada semua pelajar sekolah ini dan juga bekas-bekas pelajar sekolah ini, bahkan konsultasi ibu bapa juga dijalankan dari semasa ke semasa.

Bermula tahun 2008 perkhidmatan ini dijalankan sepenuh masa oleh kaunselor pelajar yang terlatih dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Masa perkhidmatan ialah di antara 7.00 pagi hingga 1.30 petang sesi pagi dan 1.30 petang hingga 6.30 petang bagi sesi petang semasa hari persekolahan.

Antara objektif perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini menekankan kepada dua perkara utama iaitu:

1. melahirkan golongan pelajar yang memperoleh kemahiran dan kebolehan memahami diri sendiri dengan baik, boleh menentukan arah tujuan diri sendiri dan menggunakan potensi diri ke peringkat yang paling maksimum dalam segala aspek kesejahteraan hidupnya,

2. melahirkan golongan pelajar yang mampu menghadapi dan menyelesaikan masalahnya sendiri seperti dalam permasalahan pelajaran, kerjaya, peribadi, emosi, / psikologi secara berkesan.

Dengan demikian dan harapan pihak UBK dan sekolah para pelajar akan dapat menjauhkan diri mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti-sosial dan tidak produktif seperti terlibat dengan dadah, syabu, merokok, merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain.

Dengan demikian, huraian mengenai objektif unit ini dapat dijelaskan lagi secara terperinci di dalam penyediaan Fail Meja Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Segala perkhidmatan yang dijalankan oleh kaunselor bertauliah adalah tertakluk di bawah AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580).

| edit post

KAUNSELING SEKOLAH

Posted by Zaidi 0 comments

KOD ETIKA

1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion am serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenal tata laku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri dan keunikan individu termasuk hak-hak serta peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimum.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang Iebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.

3. Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

KOD TATALAKU KAUNSELOR

1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.

2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).

| edit post

SENARAI TUGAS

Posted by Zaidi 0 comments

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori pelajar.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti untuk peperiksaan seperti UPSR dan murid Tahun 1 hingga 5.

9. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24. Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

25. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

26. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa

| edit post

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEAFIELD

Marquee

Masa itu emas

Hari ini lebih baik dari semalam

ONLINE SEKARANG

a href="http://bebj.com">bebj.com - free visitors info widget my country

About Me

Followers