Mari Kita renungkan

Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).

Kata-kata Hikmah

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

VISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MENJADI PENERAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA YANG TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH MENJELANG TAHUN 2010

MISI

UNTUK MEREALISASIKAN VISI, KAMI AKAN MEMASTIKAN MISI BERIKUT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA:

• MENGURUSKAN PROGRAM DAN AKTIVITI KAUNSELING DENGAN CEKAP DAN BERKESAN.

• MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEPINTARAN EMOSI (EQ) YANG TINGGI DAN BERAKHLAK MULIA.

• MEMBIMBING PELAJAR KE ARAH MENCAPAI PRESTASI YANG TINGGI DALAM AKADEMIK.

• MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG MEMBERANGSANGKAN MELALUI PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

• MEMBERIKAN PENDIDIKAN KERJAYA BERSEPADU KEPADA PELAJAR.

• MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN KUALITI KEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR.



Guru Besar SK Seafield - Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan

Guru Besar SK Seafield - Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Pagi - Pn Hjh Norazlina bt Abdul Kadir

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Pagi - Pn Hjh Norazlina bt Abdul Kadir

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang - Pn Hjh Noraziah Awang Nong

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang - Pn Hjh Noraziah Awang Nong

Latihan Dalam Perkhidmatan 2009

Posted by Zaidi Sunday, April 25, 2010 0 comments

Barisan pentadbir terdiri daripada Pn Rosnah PK Petang, Pn Too Lee Eng Penolong Kanan, Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan Guru Besar turut serta dalam Latihan dalam perkhidmatan yang telah dijalankan.

Guru-guru tekun mendengar sambil mengaplikasikan menggunakan komputer sewaktu slot kemahiran IT.

Tekun serta ingin mencuba guru-guru yang menyertai kursus tersebut.


Berusaha sendiri serta mencuba agar ilmu yang diajar dapat diingat dan boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

| edit post


Sudut Pencegahan Anti Dadah yang dibuat dengan kerjasama Jawatankuasa Anti Dadah SK Seafield

Sudut di bawah tangga antara Blog A dan Blog B yang memuatkan pelbagai maklumat tentang dadah

Pelbagai hasil nukilan murid yang dilekatkan setelah pertandingan melukis poster anti dadah dijalankan. Hasil nukilan yang tercantik dipamerkan.

Poster-poster digantung seperti suasana pilihanraya. Ini bagi meningkatkan kesedaran bahaya dadah jika didekati.

Poster-poster digantung di kawasan meletak basikal murid-murid dan tempat menunggu ibubapa berdekatan pintu masuk sekolah.

Jawatankuasa Antidadah bersama-sama bergotong royong menghias sudut Anti dadah. Sudut ini terletak antara Blok A dan blok B di hadapan kelas 1 Usaha.


Sijil perasmian program pencegahan antidadah yang telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn Hjh Rafiah bt Hj Adnan


Banner Hidup Cemerlang tanpa Dadah.



| edit post

PENGENALAN

Posted by Zaidi 0 comments

Unit ini menawarkan perkhidmatannya dalam pelbagai bidang dan tanggungjawab yang meliputi bidang akademik,kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan masalah pelajar. Perkhidmatan UBK ini dibuka kepada semua pelajar sekolah ini dan juga bekas-bekas pelajar sekolah ini, bahkan konsultasi ibu bapa juga dijalankan dari semasa ke semasa.

Bermula tahun 2008 perkhidmatan ini dijalankan sepenuh masa oleh kaunselor pelajar yang terlatih dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Masa perkhidmatan ialah di antara 7.00 pagi hingga 1.30 petang sesi pagi dan 1.30 petang hingga 6.30 petang bagi sesi petang semasa hari persekolahan.

Antara objektif perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini menekankan kepada dua perkara utama iaitu:

1. melahirkan golongan pelajar yang memperoleh kemahiran dan kebolehan memahami diri sendiri dengan baik, boleh menentukan arah tujuan diri sendiri dan menggunakan potensi diri ke peringkat yang paling maksimum dalam segala aspek kesejahteraan hidupnya,

2. melahirkan golongan pelajar yang mampu menghadapi dan menyelesaikan masalahnya sendiri seperti dalam permasalahan pelajaran, kerjaya, peribadi, emosi, / psikologi secara berkesan.

Dengan demikian dan harapan pihak UBK dan sekolah para pelajar akan dapat menjauhkan diri mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti-sosial dan tidak produktif seperti terlibat dengan dadah, syabu, merokok, merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain.

Dengan demikian, huraian mengenai objektif unit ini dapat dijelaskan lagi secara terperinci di dalam penyediaan Fail Meja Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Segala perkhidmatan yang dijalankan oleh kaunselor bertauliah adalah tertakluk di bawah AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580).

| edit post

KAUNSELING SEKOLAH

Posted by Zaidi 0 comments

KOD ETIKA

1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion am serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenal tata laku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri dan keunikan individu termasuk hak-hak serta peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimum.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang Iebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.

3. Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

KOD TATALAKU KAUNSELOR

1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.

2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).

| edit post

SENARAI TUGAS

Posted by Zaidi 0 comments

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori pelajar.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti untuk peperiksaan seperti UPSR dan murid Tahun 1 hingga 5.

9. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24. Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

25. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

26. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa

| edit post

1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada klien individu atau klien kelompok.

2. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.

4. Semasa menjalankan sesi kaunseling,kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan sendiri yang dibuat oleh klien.

6. Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecakapan profesionalismenya.

7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun.

8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor yang lain.

14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.

| edit post

PERKHIDMATAN

Posted by Zaidi 0 comments

JENIS-JENlS PERKHIDMATAN

Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan yang harus disediakan di sekolah-sekolah hendaklah mengandungi sepuluh aspek, iaitu perkhidmatan inventori individu dan rekod, perkhidmatan memberi maklumat, perkhidmatan bimbingan kelompok, perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan penempatan, perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah, perkhidmatan perundingan dan rujukan, perkhidmatan penyelarasan sumber, perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa, dan perkhidmatan penilaian.

PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD

1. Mengendalikan fail bimbingan bagi setiap pelajar.

2. Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.

3. Mengawasi corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan bimbingan atau kaunseling.

4. Menyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod pelajar.

5. Memberi maklumat tentang pencapaian dan kemajuan pelajar bermasalah untuk tujuan diberi pendidikan pemulihan.

6. Menjalankan kaji selidik dan membuat pentafsiran tentang kes pelajar jika dirasakan perlu.

PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT

1. Mengumpul dan menyebar maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada pelajar. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah, bukubuku kecil, poster, buletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya.

2. Menambah dan mengemas kini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan, pendidikan, sosial dan peribadi.

3. Memberi penerangan mengenai cara mengisi borang memohon pekerjaan.

4. Mengendalikan lawatan kerjaya ke kilang-kilang.

5. Memberi maklumat tentang kerjaya kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

6. Mengelolakan program pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN KELOMPOK

1. Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif, psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama. Kesemua bimbingan ini bertujuan untuk penyuburan diri.

2. Mengadakan bimbingan kelompok tentang masalah disiplin, masalah pelajaran, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar dari semasa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesuaian.

3. Membantu pelajar memilih mata pelajaran pilihan untuk peperiksaan PMR, SPM dan STPM.


PERKHIDMATAN KAUNSELING

1. Perkhidmatan kaunseling dengan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kelompok tentang perkara-perkara berikut:

a. pencapaian akademik yang kurang memuaskan;

b. rujukan yang dibuat olek guru-guru dan ibu bapa;

c. aspek peribadi dan kerjaya;

d. ketidakhadiran untuk kegiatan kokurikulum;

e. masalah-masalah disiplin seperti lewat ke sekolah, ponteng sekolah, merokok, bergaduh dan menyalah gunakan dadah.

2. Kaunseling keluarga boleh diadakan jika perlu untuk memahami masalah pelajar serta mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa;

3. Kaunseling tunjuk ajar seperti guru bimbingan mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara seperti penilaian kendiri, penjelasan nilai-nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah-masalah, membuat keputusan dan cara-cara mengelakkan diri dari penglibatan dalam penyalahgunaan dadah.

PERKHIDMATAN PENEMPATAN

Membantu pelajar rnemilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya.

1. Penempatan pekerjaan:

a. menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja jika program seperti mi diadakan;

b. membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dengan membekal data tentang pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik;

c. membantu menempatkan pelajar lepasan sekolah menengah vokasional dan teknik untuk memasuki kilang-kilang atau firma-firma (jika dirujuk).

PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah.

2. Memberi pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan.

3. Memberi bantuan kepada pelajar supaya dapat rnenyesuaikan diri ke alam sekolah selepas tamat pemulihan.

4. Membuat penilaian dan memberi maklum balas kepada jabatan pendidikan negeri tentang program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah.


PERKHIDMATAN BIMBINGAN


Perkhidimatan Perundingan dan Rujukan

1. Menolong pelajar lepasan sekolah dalam hal-hal peribadi, keriaya, pelajaran dan sebagainya jika perlu.

2. Menolong pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan lebik mendalam akan program bimbingan di sekolah.

3. Menolong ibu bapa pelajar dalam hal kebajikan pelajar.

4. Berunding dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan tahap prestasi khidmat bimbingan di sekolah.

5. Merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk mengawasi kemajuan pelajar.

6. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes tertentu kepada agensi-agcnsi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

PERKHIDMATAN PENYELARASAN SUMBER

1. Menjadi penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi-agensi luar.

2. Menjadi pakar rujuk dalam kegiatan kokurikulum.

3. Menjadi penyelaras untuk melibatkan majikan, agensi- agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.

4. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dan komuniti tempatan.

PERKHIDMATAN PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA

1. Mengadakan hubungan dengan ibu bapa pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan mereka terutamanya dalam pelajaran.

2. Menghubungi ibu bapa apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.

3. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa.

4. Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.

5. Mengadakan sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca dari keluarga.


PERKHIDMATAN PENILALAN

1. Menilai program bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan mutunya.

2. Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah.

3. Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan.

| edit post

SELAMAT DATANG

Posted by Zaidi 0 comments

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Unit Bimbingan dan Kaunseling menggalu-alukan komen dan pandangan anda tentang blog ini

| edit post

Pengumuman

SELAMAT DATANG KE BLOG BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEAFIELD

Marquee

Masa itu emas

Hari ini lebih baik dari semalam

ONLINE SEKARANG

a href="http://bebj.com">bebj.com - free visitors info widget my country

About Me

Followers